About Me

My photo
Ku mencari cinta nan suci, Tanpa pengaruh nafsu duniawi, Terasa sukar jalan yang ditempuhi, Penuh liku dan onak duri. Sudah lama ku mencari-cari, Cinta yang suci tidak bertepi, Setelah lama ku menghausi, Akhirnya, cinta murni-Mu dimiliki hati. Ya Allah, cinta-Mu, Sungguh indah dan syahdu, Ya Rahman, Kasih-Mu, Mencairkan hatiku yang keras dan kaku. Titisan hidayah-Mu penyejuk jawarih ini, Dingin mengalir bagai dibasahi, Ku cuba dekati, dan ku pasti, Rahmat-Mu selautan mata air Firdausi. Ya Allah, redha-Mu ku cuba suluhi, Agar ku bisa bertemu dengan-Mu nanti, Moga redha-Mu mengiringi roh ini, Menerusi cahaya mahabbah Ilahi...

Sunday 25 September 2011

love is not as easy as ABC...hihihi

love is not as easy as abc...hahahaha...what a weird statement =P ...but,i think it yes :) ...love is not something that very easy to us...love need our sacrifice,our feeling,our heart...and everything about us...sometimes love makes us sick...sick of love??....hahaha..wOw(sentap..)...yes,i'm sick of love...it's makes me hurt...love makes me crying...love makes me stress...love makes me tired of itself...i'm tired with love...hahahaha...is that the true statement??...maybe yes for the few day~~...hihihi...by the way,we need the things that what we called it as love...so try the best to get the real love in ur life...and for me too,i hope so :) ...so never give up in searching of love especially love ILLAHI :)

Friday 23 September 2011

WiTH LuRVE :))

Wahai Sang Kumbang...
Kau diberi kelebihan untuk menghisap madu bunga-bungaan,
Kau diberi peluang memeliharanya dengan kudrat tangan,
Kau diberi mandat membetulkan lenggokan bunga-bunga yang harum di taman,
Harus kau ingat amanah ini bukan mainan mahupun satu kebanggaan.
Wahai Sang Kumbang...
Tatkala Kau bertaut pada bungaan yang berduri,
Janganlah sesekali Kau kasari dengan kerakusan hati,
Kerana baginya itulah satu-satunya perisai diri,
Sebaiknya Kau belailah ia dengan kasih sayang dan rasa takwa kepada Ilahi.
Wahai Sang Kumbang...
Janganlah sesekali Kau meleraikan kelopak bunga yang sedang berkembang,
Janganlah sesekali Kau mencemarkan bunga-bunga yang indah dipandang,
Janganlah sesekali Kau patahkan ranting untuknya bertaut meneruskan kehidupan,
Janganlah sesekali Kau menjadi kumbang yang cacat dan menjengkelkan. 
Wahai Sang Kumbang...
Ingatlah kuntuman bunga-bunga ini mendambakan kehidupan abadi,
Bukanlah kehidupan sejenak yang menjanjikan kebahagiaan sementara ini,
Ingatlah bunga-bunga ini bukan untuk santapanmu yang bernafsu berahi,
Tetapi bunga-bunga ini amanah kepadamu untuk kau hayati dan hargai.
Wahai Sang Kumbang...
Kau bebas terbang dan bertaut di Bunga yang kau dambakan,
Namun, perlu Kau ingat bukanlah nafsu yang harus menjadi ukuran,
Cukuplah sekadar apa yang kau mampu untuk hadamkan,
Semarakkanlah ia dengan baja-bajaan yang diamanahkan.
Wahai Sang Kumbang...
Janganlah dirimu terbang menghisap madu dan berlalu pergi,
Usah bebankan hati Bunga yang tidak mampu terbang tinggi,
Setialah di situ dan didiklah ia dengan kasih yang suci,
Semoga Kau bisa menjadi Kumbang yang sentiasa dirahmati.

the bunga cintaku sweet moment :)

sweet moment :) ...
aku mengenalimu melalui satu nama...
aku menyayangimu melalui satu persahabatan...
love u forever and ever :))

sayang ibu!!!...mmuuahh :))

22 september 2011,12.00 a.m. . . . 
bunga cintaku : selamat hari jadi ibu..smoge pnjg umur dan dimurahkan rezeki selalu...syg ibu selalu!!! =D
keesokannya......
message received : lovely mom
ibu : malam tadi ibu xde credit nk reply msj kakngah...thanks for the wish..walaupon hari jadi ibu tahun ini tanpa          anak-anak di sisi tapi ibu amat bahagia...sayang ibu pada anak-anak sepanjang hayat...selamat malam, smoge tdo lena malam ini...sayang selalu dari ibu dan ayah :)

*setelah sekian lama tidak menangis, hari itu aku menangis kembali...kerinduan pada ibu teramat sgt...ingatlah, kasih ibu tiada sempadannya...YA ALLAH, rahmati ibuku meniti usia...jadikanlah aku anak yang solehah dan mampu berbakti untuknya...amiiin~~

Thursday 22 September 2011

WiTH LuRVE :))

selamat hari jadi ibu~ :))

WiTH LuRVE :))

buat ibunda tersayang....
selamat hari jadi ibu...
smoge pnjg umur dan dimurahkan rezeki selalu...
sekalung doa yang tidak putus dari anakmu mendoakan agar dirimu sihat selalu...
sayang ibu selalu :)
mmmmuuuuaaahhhh~

Monday 19 September 2011

Sunday 18 September 2011

WiTH LuRVE :))

perkenalan, persahabatan...
kasih sayang yang dicurahkan ketika bersahabat memang tiada tolok bandingannya...
kasih sayang seorang sahabat itu amat bernilai...
hanya daripada sebuah perkenalan yang akhirnya menjadi sebuah persahabatan..
persahabatan mendekatkan kita antra satu sama lain...
persahabatan tidak mengenal umur, jantina, bangsa mahupun agama...
sesungguhnya persahabatn itu merupakan sesuatu yang amat bernilai...
tetapi kadang2 pershbtn mempu mengubah segala yang indah menjadi derita..
persahabtan mampu mengahadirkan cinta...
cinta daripada persahabatn itulah yang kadngkala menjadikan derita...
jadi,berhati-hati lah dgn cinta seorang sahabat...
wallahualam~

Friday 16 September 2011

the bunga cintaku sweet moment :)

love u all guysS :)

WiTH LuRVE :))

sudah lama aku mencari...
hingga kini belum ditemui...
hari berganti hari...
saat bergantu saat...
kehadiranmu senantiasa ku nanti...
namun...
aku juga manusia biasa...
yang sntiasa melakukan kesilapan...
bayangan mu tidak dapat ku bayangkan selalu...
aku sedih....
kemanakah dikau menghilangkan diri..
membuat aku tercari-cari...
wahai jodohku dimana engkau....
semoga tuhan akan menyatukan kita...

WiTH LuRVE :))

Di pagi yang kelam,
Ku tersedar dalam cahaya,
Lantas memori indah mengimbau,
Disaat itu,
Rindu kian memuncak,
Pada insan bernama kekasih.
Ya Allah...
Jangan jadikan kerinduan ini satu kelalaian,
Jangan jadikan kerinduan ini satu kealpaan,
Jangan jadikan kerinduan ini...
Meragut kerinduan utama padaMu dan ar-Rasul.
Sesungguhnya Ya Rahman...
Engkau mengetahui hati-hati hambaMu yang merindu,
Merindu pada insan yang tidak pasti,
Namun dia adalah harapan,
Kerana kami pernah mengukir janji,
Menaruh rasa rindu kami,
Menahan rasa rindu kini,
Yang ada hanya rindu padaMu, Sang Pencipta rindu,
Hingga tiba saatnya,
Rindu yang halal itu milik kami...
Maka Ya Rahman...
Teguhkan hati dan jiwa kami yang sedang merindu,
Jangan biarkan rindu itu mekar dan terus berbunga,
Mematuk dan terus menular bisanya,
Hingga bisa menjadi nanah merbahaya,
Dibuai angan dan mimpi yang tidak berkesudahan,
Kerana,
Semuanya tiada erti tanpa redhaMu,
Ya Rabbi..

the bunga cintaku sweet moment :)

gadisS capricorn, dinA, princess mia a.k.a bunga cintaku, srikandi siti hejar, bunga ros berduri, puteri farah :))

Wednesday 14 September 2011

WiTH LuRVE :))

bunga cintaku and bunga ros berduri :))

WiTH LuRVE :))

srikandi siti hejar....princess mia....puteri farah :))

WiTH LuRVE :))

Aku gadis bermaruah,
Benci kepada zina,
Benci kerana hina,
Jasad menzahirkan kata,
Batin memendamkan rasa.
Aduhai hati,
Bertahanlah engkau,
Aku seksa menanggung pilu,
Melawan nafsu beraja di hati,
Sabarkan jiwa menanggung sepi,
Dambakan kasih dari dirinya.
Aduhai mata,
Pejamkanlah seketika,
Bersihkan dari memandang mereka,
Lihatlah langit itu,
Masih teguh di situ,
Tahulah kamu akan keEsaan-Nya,
Perit azab kelak menantimu,
Tidak tertanggung oleh sang jiwa.
Aduhai tangan,
Diamlah dalam kocekku,
Jangan bermain di merata-rata,
Jauhkan dari mara bahaya,
Bermainlah pada kebaikan,
Menambah pahala,
Menghiasi jiwa yang gersang.
Aduhai kaki,
Hentikan langkahmu sebentar,
Singgah ke masjid menunaikan kewajiban,
Tahankan kaki dari Syaitan,
Menghasut diri ke lembah kehinaan,
Kaki yang sihat jangan disimpan,
Gunakanlah ia untuk kebaikan.
Duhai jiwa menari-nari,
Senyummu seindah mentari,
Kasihmu di dalam sanubari,
Menjenguk hati nuraini,
Mencintai kasih hakiki.

WiTH LuRVE :))

Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.
Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

Tuesday 13 September 2011

WiTH LuRVE :))

Wahai lelaki berhati hatilah jika kamu membuat wanita menangis , kerana Allah SWT mengira airmatanya. Wanita datang dari tulang rusuk lelaki bukan dari kakinya untuk berjalan di atasnya , bukan dari kepalanya untuk menjadi lebih degil , tetapi dari sisinya untuk menjadi sama , di bawah lengan untuk dilindungi , dan disebelah hatinya untuk disayangi oleh orang y sepatutnya~^^

Jodoh: Memilih si A atau si B? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Jodoh: Memilih si A atau si B? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

WiTH LuRVE :))

Dan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta,
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,
Ku tak bisa memejamkan rasa,
Saat ia nyata makin membara,
Membelah setiap pancaindera dan deria,
Hingga aku lemas dalam kemelutnya.
Tuhan..
Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.
Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..
Allah..
Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMU..

WiTH LuRVE :))

Cinta...
Ungkapan yang nampak cantik dan indah,
Madah yang diungkapkan tatkala hati bersulam suka dan sayang,
Rijal dan nisa' berebut-rebut untuk mendapatkan cinta,
Yang kadang-kadang tak pasti akibatnya.
Aku benci cinta...
Kerana cinta aku lalai, kerana cinta aku leka,
Kerana cinta aku alpa dengan dunia,
Kerana cinta aku semakin jauh dengan Tuhan yang menciptakanku,
Kerana cinta aku hampir ke alam perzinaan,
Kerana cinta juga aku hampir tersungkur menyembah bumi,
Kerana cinta aku lupa Akhirat.
Cinta...
Kau sangat merbahaya,
Membawa ke alam kemaksiatan,
Dunia yang penuh noda dan dosa.
Kini aku menyesal,
Cinta yang ku cari selama ini ibarat bunga,
Yang akhirnya akan layu dan jatuh ke tanah jua,
Hanya cinta kepada Allah itu yang abadi selamanya.
Cinta...
Selamat tinggal sebelum membina Baitul Muslim,
Selamat datang selepas membina rumahtangga,
Selamat tinggal cinta yang penuh noda,
Selamat tinggal...