About Me

My photo
Ku mencari cinta nan suci, Tanpa pengaruh nafsu duniawi, Terasa sukar jalan yang ditempuhi, Penuh liku dan onak duri. Sudah lama ku mencari-cari, Cinta yang suci tidak bertepi, Setelah lama ku menghausi, Akhirnya, cinta murni-Mu dimiliki hati. Ya Allah, cinta-Mu, Sungguh indah dan syahdu, Ya Rahman, Kasih-Mu, Mencairkan hatiku yang keras dan kaku. Titisan hidayah-Mu penyejuk jawarih ini, Dingin mengalir bagai dibasahi, Ku cuba dekati, dan ku pasti, Rahmat-Mu selautan mata air Firdausi. Ya Allah, redha-Mu ku cuba suluhi, Agar ku bisa bertemu dengan-Mu nanti, Moga redha-Mu mengiringi roh ini, Menerusi cahaya mahabbah Ilahi...

Tuesday 13 September 2011

WiTH LuRVE :))


Cinta...
Ungkapan yang nampak cantik dan indah,
Madah yang diungkapkan tatkala hati bersulam suka dan sayang,
Rijal dan nisa' berebut-rebut untuk mendapatkan cinta,
Yang kadang-kadang tak pasti akibatnya.
Aku benci cinta...
Kerana cinta aku lalai, kerana cinta aku leka,
Kerana cinta aku alpa dengan dunia,
Kerana cinta aku semakin jauh dengan Tuhan yang menciptakanku,
Kerana cinta aku hampir ke alam perzinaan,
Kerana cinta juga aku hampir tersungkur menyembah bumi,
Kerana cinta aku lupa Akhirat.
Cinta...
Kau sangat merbahaya,
Membawa ke alam kemaksiatan,
Dunia yang penuh noda dan dosa.
Kini aku menyesal,
Cinta yang ku cari selama ini ibarat bunga,
Yang akhirnya akan layu dan jatuh ke tanah jua,
Hanya cinta kepada Allah itu yang abadi selamanya.
Cinta...
Selamat tinggal sebelum membina Baitul Muslim,
Selamat datang selepas membina rumahtangga,
Selamat tinggal cinta yang penuh noda,
Selamat tinggal...

No comments:

Post a Comment